Nuffnang ads

Rabu, 12 November 2014

selesa pakai krim ni.

Salam petang rabu yang sungguh tenang lagi damai..besertakan burung-burung berkicauan, berselang-selikan dengan bunyi ayam dan itik-itik peliharaan bonda dan sekali sekala bunyi deruan enjin kereta dan motosikal yang tak tahu mana arah tujunya. Alhamdulilllah diatas segala limpah kurniaNya. cuaca baik dan semua baik-baik hari ini.

Hari ni  nak share satu produk untuk semua. sebab produk ini betul-betul berkesan kepada aku. buat pengetahuan korang, aku ni sebelum ni banyak sangat jerawat sebelum ni ianya start selepas habis sekolah kira pada umur awal 20an la gitu. da banyak produk produk or ubat yang aku pakai semuanya tak sesuai dengan kulit muka aku. dan banyak jugaklah dengar pendapat dan nasihat orang tapi hasilnya hanya sekadar tahan je la,. 

sekarang produk ni je yang sesuai dengan muka aku. krimnya sejenis bedak sejuk yang warna putih. Apa yang aku tau produk ni buatan Malaysia dan berasal dari pahang. 


~ni la produknya Araisha Beauty~

khasiat produk ni 
ialah dirumus untuk merawat kulit yang bermasalah disamping dapat mengembalikan kulit asal supaya lebih mulus, berseri dan memberikan keanjalan kepada kulit. selain tudapat menghilangkan jerawat serta jeragat atau bintik-bintik hitam pada kulit dan mengawal kulit muka dari berminyak serta menghilangkan ruam-ruam panas pada kanak-kanak dan gatal-gatal pada kulit. 

kandungan
diperbuatkan dari sumber alam seperti aloevera dan buah naga yang diperkaya dengan vitamin c utk kulit. dan tak ada kandungan kimia yang merbahaya dan tanpa mercury.

k untuk korang yang ada masalah macam aku cuba lah produk ni. mane tau kot-kot sesuai dengan kulit muka korang then sembuh jerawat dan muka jadi licin. cuba la. upss lupa nak bgtau produk ni bukan kat muka je boleh sapu tapi seluruh badan boleh sapu.

p/s: tadi cuaca ok, bila asar hujan turun. cuaca tak menentu sekarang sebab sbelah pantai timur musim bahh (tekujuh) sekarang. hope org diluar sana sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga. anak-anak kecil yg suka main air musim ni mesti dipantau.k



Selasa, 11 November 2014

malas oh malas.

Salam dunia..
lama dah tak menulis lam ruangan blog diari kusam ni. masa mula-mula nak buat blog hari tu sebab suka baca blog orang lain. banyak cerita n kisah setiap orang. tu yang teringin nak buat blog tu. nak menulis macam diaorang tapi lepas dah ada akaun blog nak menulis pon malas. betulkan kata orang bila malas semuanya tak menjadi. ngeee tengok la sekarang dah berkulat blog ni. hajat dihati setiap aktiviti or ape-ape event nak masukkan dalam blog supaya suatu hari nanti boleh tengok balik apa yang kita lakukan ketika dulu-dulu. lagipun ingatan kita ni bukan selalu boleh ingat apa yang da lpas walaupun kita masih muda. tapi apakan daya malas lebih menguasai..

hari ni rasa nak bukak blog. tapi terfikir-fikir apakah paswoodnya..hee xingat!!! maklumlah dah lama tak bukak blog sndri. setelah bukak beberapa note yang dah lama maka terjumpa la paswoodnya yang tercatat disitu. sebab seingat aku paswoodnya aku simpan kat note masa kuliah dulu. bila dah jumpa dan bukaknya xtau la plak apa yang mau ditulis..hihihi terkelip-kelip depan laptop umpama tikus tengok besi. nak buat macam mana kan ideanya xde.

lepas tu bila dah rasa macam tikus... maka akupun duk usai-usai tulisan-tulisan lama aku... ohhhhh semaknya rasa dengan tulisan yang xtersusun warnanya yang boleh meningkatkan lagi tekanan darah tinggi orang yang menengoknya.. hehehe. so mulalah operasi mengedit balik segala tulisan or ape-ape yang patut supaya nampak kemas sikit. ok settle. hasilnya tengok blog aku ye. heeee kemaskan.huhuhu apepon angkat diri dalam bakul sendri. perasaan sungguh aku ni kan.kuakuakua 
~bolehhh jugakkk buat modal untuk conteng blog aku ni. :p~




Selasa, 31 Disember 2013

Selamat datang 2014

wooooooooooooo...... da masuk tahun baru dah. welcome 2014...  harap tahun ni lebih baik dari tahun 2013,, setelah suka duka aku lalui dalam kehidupan tapi aku tabah dapat menghabiskan tahun 2013.. ini menyedarkan dan membuktikan bahawa diri aku sangat kuat kerana dapat menghadapi segala ujian yang Allah bagi pada tahun lepas...tahun lepas?? yaaa tahun lepas huuuuu dengar macam dah lama kan tahun lepas.. padahal baru je seminit berlalu..hehehe...  apepun tahun baru tiba disambut oleh aku dengan kestressan.. argghhhhhh mnggu aku berperang skarang... exam ohh exam.. soklan yg ingin membunuh aku. apepon susah senang kembali kepada Allah.. Allah pasti menolong hambanya. semoga berjaya untuk diri aku sendiri,, heee

ok.. bye. 


Ahad, 22 Disember 2013

Temanku.

Temanku, sedarlah dan fikirlah sejernihnya, jangan biar dunia masih membutakan kita. Yang benar dan salah itu telah terpampang nyata. Tiada siapa dapat halang untuk kita usaha merubah diri kita, hanya diri kita yang menjadi penghalangnya sebenarnya. Begitulah juga jika pilhan jalan dosa yang kita kehendaki. Kejahatan yang keji manapun dari kita, kita akui dan jadikan itu memang kejahilan dan kelalaian kita, dan kita ada perubahan setelah taubat. Begitu juga kita fikirkan keji manapun orang lain, hasil nampak perubahan itu adalah keinsafanya. Dan kita akan terus memberi peringatan dan kesedaran. Tiada siapa yang dapat halang perubahan kebaikan diri kita dan juga orang lain. Fikirlah yang aku sebenarnya memang telah tahu dan bukti-bukti benar salah telah sentiasa aku dengar dan lihat atau tidak sebenarnya?. Cukuplah kita jadikan tiap silap orang yang lepas itu sebagai peringatan buat diri kita, dan tiap kebaikan orang yang lepas mahupun sekarang, ada manfaat pada kita. Bukan untuk terus menghina, berdendam dan bersangka buruk. Jangan jadikan modal dosa kita kerana orang itu juga pernah berdosa. Allah hanya menilai kita. Jangan sampai kebaikan orang masih menyakitkan hati kita. Kebenaran kita adalah bersedia menerima apa jua masalah. Apapun hal, kita jauhi dari sangka kotor dan terus dengan memberi peringatan. Siapapun kita, kita akan terselamat bila kita telah berada diatas landasan yang sama, iaitu insaf, bertaubat, beriman dan melakukan amal yang diredhai Allah. Allah Maha Adil. Allah mengetahui hakikat segalanya. Kita nak mati dalam keadaan sudah insaf dan bukan mati dalam keadaan masih menipu diri kita sebenarnya. Insaf atau tidak, kita yang mengetahui diri kita. Hal-hal sekeliling itu adalah menjadi ujian dalam mengikhlaskan sepenuhnya atau tidak amal kita.”

Isnin, 9 Disember 2013

sambut hari lahir kawan di kfc Indah permai

Salam Dunia yang penuh pancaroba...
asyik.. asyik sambut befday je kan? almaklum lah sahabat ramai sgt 6 org semua... kebetulan semua lahir hujung tahun. uishhhh heran gua ramai betul yg lahir hujung tahun ni kan? mungkin kah masa tu rezeki yg Allah limpahkan kepada hambanya paling banyak?..cerrrr pikir, kalau xdapat nk pikirr try cari ustaz@ ustazah@dalam buku agama betul ke x? cari betul2 tau... hewhewhew.. 



mase sambut beday ari tu kononnye nk surprise,, tp hampehhhh.. orgnya plak kuar p dating... oihhhhhh abis plan guaa.... lastly terus tepon n terus terang je la.. bahawa kite ni nk sambut beday dia..ewweeww... plannye dekat KFC Indah Permai, Sepanggar Kota Kinabalu je... lagipun tempat tu berhampiran dgn Kolej kita org.. Kolej Kediaman Indah Permai.. korang tau x?? kalau xtau jugak try google k.. kolej ni bawah universiti mane.. ok.




yuuuuhuuu...ini lah dia mini cake utk dia.. xnak beli yg big cake. sbb kitaorg dah muak mkn cake..hehehe


hanya dengan KFC snack plate.. lame jugak kita orang tuggu dia. sampai semua dah naik kebulur sudaaa.. tapi akhirnya dia dtg jugak... yeeeaaahaaaa dapat mkn.. mkn n mkn.. ok sudaaa selesai bahh hadiah pon sudah bagi..kita orang sudah kenyang n nak balik lgpon nk buat hapeee lam KFC lame2, duk lam bilik lg best... syok gilerrrr tau..hujan-hujan nehh.. haaaa tengok tu kat bawah hujan kan.. kan? lebat gilerrr ahhh. (suka-suka je gua guna ayat hiperbola..hihihi)sebab gua berangan nk jadi sasterawan/wi negara.. tu la jadi macam tu.. :P 



nasib bek sume bawak payung... dapat jugak balik hujan-hujan pon..:)


=kepada Rosmawanie Ismail smoga persahabatAn kita kekal hingga jannah...amin=




Khamis, 21 November 2013

Sambut hari lahir kawan di jakmas kolej Ip

Tepat jam 12 malam.. bermulalah tarikh 21hb 11 2013.. salah satunya hari yang xakan wujud lagi pada hari esok. dan hari ini genaplah sahabatku Ummu berumur 22 tahun. tarikh ini juga hanya tinggal kenangan sama ada manis ataupun pahit, semuanya terjadi samaada kita yang lakukan ataupun dengan tidak disangka sangka.. namun tarikh ini masih awal,, coretan diari aku bermula pukul 2:56 pagi.... masih awal dan masih awal untuk aku mencipta kenangan- kenangan yang indah dalam hidup aku dengan orang yang berada disekelilingku.. untuk aku ingati buat selama-lamanya.. 


Jesteru permulaan hari ini sungguh indah buat aku dan sahabat2ku.. kerana kita orang pada hari semalam telah merancang sesuatu untuk befday my lovely friend.. Alhamdulillah dengan izin Allah event yang dirancang rapi ini tercipta untuk menjadi kenangan sampai bila-bila... indahnya malam ini, heppynya malam ini kerana dapat meraikan befday my lovely friend bersama sahabat2 yg lain.. walaupun jamuannya ringkas tapi sambutannya sangat baik.. syukur Ya Allah engkau kurniakan permulaan hari ini iaitu hari yang cukup indah buat aku dan sahabat2ku. 
kepada sahabatku Ummu heppy birthday..semoga panjang umur dan semoga umur mu ini diisi dengan amal kebaikan yang menuju ke jalan yang diredhai Allah, juga semoga bahagia disamping keluarga, cepat dapat jodoh... hehehe dan semoga ukhwah persahabatan kita dan lovely friends yang lain kekal hingga selama-lamanya. akhir sekali semoga berjaya dunia dan akhirat.. aminnnn








Heppy Birthday Sahabatku Dunia dan Akhirat

"Kawan di datangkan olehNya dalam hidup kita,
datang dan pergi
silih berganti
ada memori suka duka
ada kenangan pahit manis

sahabat juga begitu.
tapi,
dia tidak pernah tinggalkan mu
dia sentiasa di sisi mu
di kala tangis tawa mu
di kala sendu senyum mu
selalu ada di waktu terang dan gelap mu."



kaulah sahabatku: Ummu ummi, Azwa wanie, Nabila Syahida, Niniey Ismail, dan liza..  
terima kasih juga buat: haslan, arif, kelana dan remi  sebab join sekali meraikan birthday Ummu.. :)

P/S: Ya Allah Engkau telah kurniakan kepada kami permulaan hari ini yang cukup indah, engkau sudahilah juga kenangan hari ini  dengan keindahan agar dapatku ukirkan memory hari ini dalam hidup dan menjadi menjadi kenangan yang paling manis sampai bila-bila. 



Rabu, 20 November 2013

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)


From Allah we came and to Allah we shall return :( May Allaah ta'ala have mercy on his soul and save him from the ahzab of the grave and grant him the jannatul firdous. Allahumma ameen